Nak Kurus??? ikut konsep Dr Zainah... Meh kita tengokkk....
Pertama.... kena ada niat yang baik. contohnya aku nak kuruskan berat badan ini kerana memudahkan aku menjalankan tangunggjawab aku kepada Allah serta menjaga keluarga ku supaya mereka juga sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab kepada Allah, keluarga di dunia dan di akhirat.
Kedua... tekad... dr kata kita mesti menukarkan niat kepada yang ada sekarang kepada yang lebih baik... nak turunkan berapa kg? mestilah yg realistik..jgn yang plastik..ahaha...
Kaedah pemakanan... Nie yang best nie..
1. Makan pagi jangan ditinggalkan... ia penting untuk memberikan tenaga utuk sepanjang hari..
2. Makan nasi 1/4 pinggan sahaja, 1 ekor ikan/ 1 potong ayam/daging, sayur 1/2 pinggan.
letakkan ikan tu dekat dgn kita.. ikut sunnah nabi..... Kaedah makannya... macam mana pulak????
a) Makan lauk dahulu... kalu ikan tu habiskan sebelah/ separuh dahulu. kenapa nak makan lauk
dahulu?
sebab ikan adalah protien. penghadaman protien ambil masa yang lama.. jadi logiknya kalau
pemandunya lambat yang lain pun akan slow... jadi kita cepat kenyang... Ok?
b) Makan sayur pulak. utk melawaskan proses tut..tut...
c) lepas tu baru makan nasi.. time tu dah kenyang dah... kalu saya 1/4 tu pun tak habis...