Wednesday, 18 December 2013

memperkenalkan anak saya yang sulung... hobinya memang mengambil gambar sendiri...


yang nie pulak hasil kerja tangan dia.... suka betul masuk pertandingan mewarna... ai taklah suka sangat seni2 nie... Tp dia nie mcm suka je hasil seni nie .... mungkin ikut belah ayah nya lah tu....
ha yang nielah hero2 ai...kalu bergambar mesti tunjuk "pis"....ahak.. ahak...




Tuesday, 25 June 2013

Nak Kurus???  ikut konsep Dr Zainah... Meh kita tengokkk....

Pertama.... kena ada niat yang baik. contohnya aku nak kuruskan berat badan ini kerana memudahkan aku menjalankan tangunggjawab aku kepada Allah serta menjaga keluarga ku supaya mereka juga sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab kepada Allah, keluarga di dunia dan di akhirat.

Kedua... tekad... dr kata kita mesti menukarkan niat kepada yang ada sekarang kepada yang lebih baik... nak turunkan berapa kg? mestilah yg realistik..jgn yang plastik..ahaha...

Kaedah pemakanan... Nie yang best nie..

1. Makan pagi jangan ditinggalkan... ia penting untuk memberikan tenaga utuk sepanjang hari..
2. Makan nasi 1/4 pinggan sahaja, 1 ekor ikan/ 1 potong ayam/daging, sayur 1/2 pinggan.
    letakkan ikan tu dekat dgn kita.. ikut sunnah nabi.....  Kaedah makannya... macam mana pulak????
    a) Makan lauk dahulu... kalu ikan tu habiskan sebelah/ separuh dahulu. kenapa nak makan lauk  
    dahulu?   
    sebab ikan adalah protien. penghadaman protien ambil masa yang lama.. jadi logiknya kalau 
    pemandunya lambat yang lain pun akan slow... jadi kita cepat kenyang... Ok?
    b) Makan sayur pulak. utk melawaskan proses tut..tut...
    c)  lepas tu baru makan nasi.. time tu dah kenyang dah... kalu saya 1/4 tu pun tak habis...

Monday, 4 March 2013

3R atau KITAR SEMULA

 3R atau kitar semula atau recycle... mana satu yang sedap mulut nak sebutlah... halnya pasal menyelamatkan bumi, menjimatkan sumber, dan kos... kita sekarang nie malas nak jaga persekitaran. buang sampah merata-rata, sampah masuk dalam longkang. hujan datang berkumpulah sampah tu kat trap sampah.. kalu hujan turun dgn lebat, haa... masa tulah kecoh satu dunia.. BANJIR KILATTTT... macam mana nak buat???

Senang ajer .. Apa salahnya kumpul bahan yang boleh dikitar semula. cukup ajer 1 ke 2 beg plastik hantar ajer kat pusat kitar semula. Kalau di Shah Alam nie ada 7 pusat kitar semula ( PKS ) seperti berikut :-

1. Pasar Seksyen 6
2. Dewan Seksyen 7 ( Gerai MBSA )
3. Gerai Seksyen 11 ( Gerai Nasi Ayam Pak Mal )
4. Dewan Seksyen 17 ( Stesyen bas ekspress )
5. Dewan Alamanda Seksyen 20
6. Seksyen 25/11
7. Dewan Seksyen 28


Yang lori datang ke rumah tu pun ok... tak payah nak hantar ke PKS. kos minyak lagi. Tapi kalu sambil lalu tu apa salahnya....

Sampah yang lain tu kumpul dalam beg plastik, lepas tu jumpa tong sampah buanglah dalam tong tau ....  bukan kat luar tong...

kan dah kita selamatkan bumi... untuk generasi yang akan datang... <<GO GREEN>>

" KEMPEN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH DAN MPP"  AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI... GET READY !!!!




Wednesday, 27 February 2013

assalamualaikum,

kali pertama mempunyai blog sendiri... sebelum nie asyik baca org punya blog... mohon tunjuk ajar... tunjuk  ajarku sifu... ewah...